Sunday 1 July 2012

selamat datang

salam sejahtera kepada semua.......
lama dah nak wat blog pasal airbrushing ni tapi rasa segan la pulak sebab saya pun beginner dalam airbrushing ni. banyak yang perlu dipelajari.

sebenarnya saya takde asas dalam lukisan atau apa pun mengenai art ni. tapi disebabkan minat saya mencuba juga. bila pertama kali cuba terus rasa tertarik dengannya. walaupun hobi airbrushing ni boleh dikatakan hobi yang mahal, tapi memang puas hati kalau design sendiri yang kita sendiri pakai. mungkin inilah istilah kostum yang selau orang putih bangga-banggakan tu.

yang penting sekali kita berani mencuba dan belajar perkara baru. walaupun di tanah air kita terdapat ramai airbrusher yang handal-handal tapi mereka ni seakan tidak menonjol. ramai yang lebih low profile dan orang cuma mengenali mereka menerusi artwork mereka dan bukan kerana mengenali tuannya.

artwork airbrush ni mempunyai nilai seni yang tersendiri. sebab itulah hasil karya airbrusher ni selalunya mahal. ada yang sampai ribuan ringgit

apa pun bagi saya hobi ni lah yang paling saya suka. walaupun dulu saya seorang pemancing tegar tapi sekarang ni saya dah jadi airbruisher tegar pulak... ada ke istilah airbrusher tegar?


artwork tiger pertama saya..... ni pun dah makan masa 5 jam. baru rough, belum detail lagi...

No comments:

Post a Comment